Wednesday, December 1, 2010

~ Cuta Cuti ~

Assalamualaikum..

lama dah aku tak update blog ni.. sory2.. busy sangat2.=( sebenar nya tak taw nak tulis apa. ni pon post sebab boring. hehheh.. minggu lepas aku ada kenduri sepupu aku.so,memang happening sangat..=) yang bestnya ak snap banyak pics taw. tapi, tak bleh nk post entry tu skarang sebab malas nk upload lagi..tehee~~.. nanti aku buat 1 entry baru for my cousin;s wedding tu..huhu..^^

ok la.. nk out dlu..
bye2..^^


Sunday, November 7, 2010

~ Iklan Cadbury Versi Melayu ~

Assalamualaikum..

haha, ney la video iklan Cadbury versi Melayu.. hehheh.. cuba korang tengok. memang lawak. comel pon ada gak. cane la boleh terikir camtu kan.. kanak2 kanak2.. agaknyer ni la kan keje dak2 hostel carik hiburan. eh2, cam die tak dok hostel plak.. ecceh.. tehee~~ k la, korang usha la.. malas nak ngomong bayak2 sih.. =)





so, cane?? lawak kan... haha.. jadik btol dak2 dua ekor ney wat.. haish.. macam2. ni keje Sam ngan kawan dia. aku xtaw la nama kawan dia 2 apa. yang penting diorang ney memang kreatif.. 2 thumbs up..^^

Friday, October 29, 2010

~ BIG Fasa 2 ~

Assalamualaikum..

sorry lambat post lagi dan lagi.. lately, orang busy dengan beberapa aktiviti maktab, so tak sempat la nak mengarut dalam blog ni.. hehheh..^^ 25 hb Oktober ritu orang ada BIG (Bina Insan Guru) Fasa 2. kali ni dijalankan di SK Kuala Koyan, Kuala Lipis
, Pahang.

ni la skolah yang kitorang kene wat mural tu..=))

ada 4 unit yang turut serta PISMP PSV1, PSV2, SN dan PT Sem 2. kitorang bertolak dari maktab pada pukul 8.00 pg dan tiba disana lebih kurang dalam 1 jam selepas itu. kitorang dibawa pula menaiki Land Rover. seyes best.. haha.. ayat skema tiang plak kan.. cam buat esei yoo. then, kitorang disambut oleh Guru Besar dan dihidangkan dengan sarapan pagi.. apa lagi bedal la kan.. (padahal baru lepas melantak nasi lemak acik.. tehee..)

dengar taklimat.. ecceehh..

muke tak sabar2 nak menelan..tehee~~

rendang lala ke hape ntah tika tikoh tu bawak..^^

lepas tu, kitorang dibahagikan kepada 9 group untuk buat mural. orang kene buat mural kat tangga.=) bila sudah dapat port, mulalah semuanya menconteng arang ke muka masing2..eh2 bukan, ke dinding masing2..^^ maka, bekerjalah kami semua sehinggalah ke petang.

ok, ini la antara mural2 yang telah disiapkan. selamat meng'usha'..=))

ok, ni bahagian saya ye..

ni yang big size punyer..

yang ni overall...hehehh

mural 1

mural 2

mural 3

mural 4

mural 5

mural 6

mural 7

oppss, sorry.. mural yang laen2 tak sempat nak snap sebab mase tu diorang belum siap..huhu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang ni plak gambar2 yang mengukur tahap keletihan dan kesungguhan kitorang.. tehee~~





Saturday, October 9, 2010

~ Good Luck to Men's Hockey Team ~

Assalamualaikum
beberapa hari ni saya sibuk sangat. actually, kat maktab saya ada buat Majlis Konvokesyen baru2 ni. macam2 la dijual masa tu. ada gerai makanan, minuman, florist, Digi, Celcom n macam2 la. tak larat orang nak tulis..hehheh..^^

ok2..kita berbalik pada kisah hoki ni ye..=) team kita ada game esok menentang Australia. hope kita bleh menang even macam tipis kan..but, who knows rite..tp ada 1 news yg tak berape best la kan. sorang player kita, Faizal Saari digantung 2 game disebabkan insiden ketika menentang Scotland.



Monday, October 4, 2010

~ Boring la Gile!! Mari Ber'kedai gambar'.. ~

Assalamualaikum
haha.. jangan terkejut tengok entry kali ni.. actually masa ni boring tahap gaban, dah tak toghah (*tak taw) nak buat apa. tetiba terpikir plak nak asah bakat *cheh.. bakat kunun.. untuk ber'kedai gambar' a.k.a potoshop..hehheh..^^ ilmu tu nak kata terror tu takde la pon..taw la skit2. so, kat bawah ni saya post skit mende alah yang siap di'kedai gambar'kan. lantak la korang nak kata apa, ada aku kesah?? haha..kau ada??


ni saya edit gambar yoona from Snsd tu.. =)

ni pon gambar yoona in rainning efect

yoona lagi dan lagi..

Liyana Jasmay


wallpaper siwon, minho, taecyeon, uknow, max n yang lain2

dah2, cukop. tak payah la korang nak muntah2 hijo segala bagai. taw la orang punya skill tak tinggi..bukan apa, takot gayat..tu yang skill rendah je..haha..amik kau..
lagi2 progress, saya akan edit balik bila dah ada new project..(ikut rajin la..)

Friday, October 1, 2010

~ Lagenda Budak Setan ~


Assalamualaikum..
semalam buka la fesbuk, skali ada tertengok la 1 video ni kat page Lisa Surihani. ad fans dia tag lagu OST Lagenda Budak Setan - Bila Cinta..kompem korang da tengok kan citer tu..macam2 komen saya dengar, ada yang suke, ada yang cakap biase2 je..yang saya tau citer ni best..especially lagu OST dia..Bila Cinta..even cam slowmo skit, tapi layan koyt..haha..so, dah tetibe tengok lagu tu, terase plak nak post lirik dia kat bawah ni..huhu..so, layan2lah ye..=)

♥.♥ OST Lagenda Budak Setan - Bila Cinta ♥.♥

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayang mu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


p/s : tringat ayat Kasyah - aku tak pernah berhenti mencintai Ayu..♥.♥

Wednesday, September 29, 2010

~ Tasty Korean Food ~

Assalamualaikum
tadi tengah2 boring kat kelas, usha la jap satu blog ni. salin2 resepi masak la konon..hehheh..ye la, nak buat keje, keje dah abis. so, layan je la blog. tengah sedap2 salin tu, tetiba teringat kat korean food collection saya yang tahun lepas tu. rasa cam nak letak pulak kat blog ni. so, layan2 lah diri anda tengok makanan2 ni..=)


Bibimbap - nasi campur yang mempunyai carrot, timun, zucchini, cendawan, bayam, taugeh, telur goreng di atasnya.


Bibum Naeng Myeon - makanan Korea yang popular pada musim panas. Juga merupakan mee gandum buatan tangan yang nipis dihidangkan dengan ais sagat, sayuran mentah, sepotong pear Korea, telur rebus, daging sejuk dan pes cili merah.


Budae Jjigae - Korean sup yang sama macam stew. Mengandungi hot dog, ayam, pes cili, kimchi, ramen, kacang panggang, daging, bawang, tofu, cendawan dan timun.


Ddeokbokki - snek Korea yang popular. Merupakan rice cake yang bersalut dengan pes cili merah, daging, telur, ikan bilis, bawang dan air.


Doen Jang Jigae - Makanan popular Korea yang diperbuat daripada pes kacang soya yang diperam. Dimasak menggunakan tofu, bawang, ikan bilis, zucchini, garlic, lada, pes cili, cendawan, potato dan udang.


Kimchi - makanan tradisi Korea yang wajib. Sayur kobis cina yang diperam menggunakan pes cili, garlic, sos ikan, bawang dan cuka.


Pa Jun - Pancake Korea yang popular. Terdiri daripada tepung, tepung beras, carrot, telur, seafood, zucchini dan bawang yang dicampur dan didarkan.


Tornado Potato - snek kentang yang dibentuk menjadi gulungan spiral yang panjang.

so, cane? sedap tak??? kalau nak ikutkan, makanan diorang ni lebih kurang sama je dengan kita, cuma yang bezanya nama dan bahan2 yang ada kat sana dan takde kat sini..
tapi, kebanyakan makanan diorang ni boleh dikatakan sihat2 belaka sebab kalau takde sayur2 kompem tak sah. ok lah..mau undur diri dulu..nak balik hostel dan berbaring2 ye..penat sudah..=(
bubye..jumpa lagi hokeyh..haha

Monday, September 27, 2010

~ 10 Sebab Saya Selalu Tido Lambat ~


Assalamualaikum
sungguh malas ye untuk saya mengupdate blog ini. setelah bertungkus lumus memerah otak (ayat kena power), ini je yang dapat..harap peminat2 ku di luar sana berpuas hati la ye..=)

10. study. ah..konon la sangat kan..)
9. basuh baju (kalau dah terdesak nak pakai esok atau air takde)
8. lapar..angkat kaki pegi carik makan. da kenyang baru balik bilik
7. buat assignment last minute. antar esok kot..

6. member lepak atas katil. takkan nak tido kat lantai..
5. balik dari luar. konon nak mandi dulu..
4. layan movie yang baru cilok..lepas 1 sambung satu plak.
3. isyak. selagi tak sembahyang mana boleh tido la..
2. ber'muka buku' dengan mereka2 yang burung hantu
1. simple. dah memang tak ngantok, cane nak tido??


eh2, nanti dulu..tak habis lagi..kenapa?? pelik sebab tetiba ada muka awek korea ni?? nak tau kaitannya??

sebab, ini akan terjadi kalau anda semua melakukan 10 perkara2 di atas..





Sunday, September 12, 2010

~ 1..2..3..CINTA ???? ~

Assalamualaikum..
waaa..da lama kan saya tak post kat blog ni..sorry..sorry.. dan sorry..=((
nak kata busy tu, taklah jugak..nak kata tak busy pon tak jugak..hehheh..

tengah boring2 ni, saya google la kat internet..skali terjumpa la beberapa madah ni..(ceh..madah la konon..haha..) kira macam ayat-ayat cinta la..cuba try tengok dan lu pikir la sendrik..hehheh..^^
  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
renung-renungkanla dan kepada sesiapa yang terasa ke, terkena ke or terkedu ke..haha..ini cuma sekadar renungan sahaja..tiada kaitan dengan sesiapa pon..wah..gitu..=)

Tuesday, August 17, 2010

~ Happy Birthday To Me & My Twin Sister ~



Assalamualaikum..
agagagaga~~ sorry post lambat sehari..hehheh..^^
actually nak wish HAPPY BIRTHDAY kat my twin sister..haha..(bukan twin pon sbenarnyer..juz kami sama tarikh lahir ja..but dun wery, kami still adik-beradik kandung..(#^0^#) v

tahun ni genaplah umur saya yang ke-20..*wah..rasa tua sgt la..=(
adik saya plak 18 tahun..huhu..*ko pon da tua kak uda..
tiap kali 16 Ogos kami akan lumba2 spa yang wish dulu..huhu..tapi taun ni dia menang sebab dia yang call saya dulu..xpela, bagi chance kat dia plak..=)

hurm..ok lah, saya nak berundur jap. nak g buat kerja2 yang berlambak hak tu..huhu..tak larat kot nak siap..waaaaa~~ =(
blah dulu yep kamoo2 semua..bye2..(#^0^#) v
*undur2 sambil rambut ditiup angin cam iklan sunsilk 2..haha


Saturday, August 14, 2010

~ Ramadhan Oh Ramadhan.. Datang Lagi ~

Assalamualaikum..
sorry. sorry. sorry. da lama aku tak update blog. faktor kesibukan dan ketiadaan mood nak menulis..hehheh..^^

hurm..tup tap, tup tap. da masuk bulan Ramadhan da kan?
Alhamdulillah, dapat jugak bertemu dengan Ramadhan kali ni.
kepada semua teman2, sahabat2, rakan2 dan taulan..
saya ucapakan SELAMAT BERPUASA.. =)

hari ini dah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa..
siang dah puasa, malam kita tarawikh..
selamat mengumpul pahala pada bulan ini ye kawan2..

teringat lagi masa bulan puasa dulu2, bila waktu sahur, mak mesti nak semua orang sahur sama2, even minum air ja..kalau nak tahu, aku la orang yang paling berselera sekali tiap kali bersahur. ngee~~ pastu bila dah dah sahur, kami adik-beradik kena ngaji Al-Quran dulu. nak tunggu subuh punya pasal..pastu apa lagi, terus tidur sampai la pukul 12 tengah hari esoknya..haha..(lama terok betol)

pastu bila da bangun, terus pergi mandi. dah mandi semua terus tercongok depan tv tengok citer masak2 bulan puasa tu..best..abes satu cerita, sambung satu cerita sampai la pukul 5 petang..(ini sebab kes dengar bunyi motor mak or ayah balik..) haha..semua terus angkat kaki pergi buat apa yang patot..^^ pastu, mak tanya dah sembahyang belom. semua terus pergi sembahyang takot kena marah..ngee~~ abes sembahyang, mak panggil kami tolong kat dapur. selalunya kami tolong kupas bawang, potong sayur, masak nasi, goreng ikan camtu ja..yang berat2 semua tu mak yang buat..haha..pastu aku la orang yang selalu incharge pasal air..kalau takda air teh o memang tak sah. tu da dikira wajib..huhu..pastu, susun semua makanan n air2 bagai tu kat atas meja. hah, amik kau, penoh kot satu meja. campor dengan juadah yang jiran2 bagi lagi..mak aih..

lagi 5 minit nak azan ja, mak dah suruh aku tuang air dalam gelas masing2. pastu, semua duduk kat tempat masing2 ngan muka nak melahap (sebenarnya takda la sangat pon, saja nak sedapkan ayat..kui3..) dengar je azan, orang yang kena tugas baca doa pon bacalah doa berbuka (selalu kami gilir2 3 beradik baca doa tiap2 hari). masa ini, semua senyap. tapi kejap ja, pastu bising balik cam biasa komen itu ini. tapi time ini, aku sorang ja yang makan paling sikit. mana taknya, aku minum air n makan kurma or kuih da kenyang..huhu..(terbalik dengan time sahur..haha) pastu da abes makan, kena kemas cepat2, sebab nak pergi sembahyang maghrib (takot lambat).

pastu siap2 pergi sembahyang tarawikh ngan kereta ayah yang drive. huhu..seronok..sejuk ja rasa..haha..^^masa on the way tu, nampak la budak2 kecik ni mula la main bunga api n mercun bagai (geram tak boleh main sekali..) da sampai masjid, terus sembahyang sunat n isyak. pastu sembahyang tarawikh ramai2..selalu aku dengan kak uda sembahyang habis..tapi, yang selalu ngelat, ha tu..yang kecik tu, adik nuha. selalu sampai separuh ja dia buat, bila da witir baru dia sambung balik.habis sembahyang semua beratur amik moreh (ha, time ni la aku paling suka..) dapat moreh kot, sapa tak suka kan.huhu..pastu dengan riang rianya kami 3 orang berlari pergi kat keta ayah tak sabar2 nak balik.

sampai rumah ja, terus pergi simpan moreh tu (kalau dapat barang dapur la) kalau dapat makanan, masa tu jugak la kami bedal.haha..abes ja makan, layan tv jap. pastu mak da suruh tidur sebab takot esok tak boleh nak bangun sahur. tapi, aku la selalu tidur paling lambat (chaih, berani la konon..ya la, kan bulan puasa tak da hantu..act la sikit) tapi, yang paling tak bestnya, bila da lambat sangat aku tidur, mak buka pintu bilik bising2 suruh masuk tidur. aku pon apa lagi, malas nak kecoh2 terus masuk tidur ngan muka yang sebel..=( (ngah citer best la kan..) pastu masuk tidur mata tak nak pejam la plak. golek sana, golek sini, selimut ketat2 sampai takleh nak gerak dah. baru la aku boleh tidur..kalau tak, siap la sampai nak sahur baru boleh tidur..

hurm..bila teringat balik kenangan2 ni, aku rasa rindu n tak sabar2 nak balik rumah. nak rasa balik semua kenangan2 dulu..=) ya la kan, puasa kat perantauan ni memang banyak dugaannya..makanan tak best la, tak rasa suasana la..macam2 la..ada ja yang tak kena. padahal bukannya apa sangat pon.huhu..

aku rasa aku da banyak kot merapu dalam entry kali ni..ok la, nak berenti jap. da penat da menaip ni..haha..^^
bye..nak layan lagu..wuu~~ wuu~~ wuu~~ (#^0^#) v


Friday, July 2, 2010

~ Lirik Lagu Kutetap Menanti - Nikita Willy ~

Assalamualaikum
kenal Nikita Willy tak??
alah..yang pelakon Indonesia tuu..
okey2..kalau tak perasan jugak, tengok ni muka dia..


haa..kenal dah kan??
jom kita layan lagu dia..^^

Nikita Willy - Kutetap Menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

Thursday, July 1, 2010

~ Kecoh Gambar Im Yoona SNSD @ Girls Generation ~

Assalamualaikum..
hurm..da lama da tak update blog ni kan..
da bersawang da pon..tikus pon da banyak bersarang da kot..haha..^^
ok la..this time aku nak bersihkan blog aku ni..wah..gitu..

kalau tengok entry ni mesti korang tertanya-tanya kan kenapa dengan dia?
actually tak ade apa-apa pon..saje je tetiba nak letak gambar dia banyak-banyak..
suke tengok muke dia ni..(",)
nampak cute, sweet, cool, gorgeous, beauty and macam-macam lagi la..
haha..apa aku merepek ni..arios amigos..argghh..

k2..dah2.mari-mari kakak-kakak, abang-abang(eh2, melalut lagi..) kita tengok-tengok gambar yoona unnie ni..
jom, let's check it out..^^

gambar ni masa Today's Music Bank *comel kan??*


yang ni dia snap sendiri ..*nampak pure la pulak*


yang ni pulak versi chubby..haha..^^

versi marah plus geram kot sebab aku lagi comel pada dia..haha..*yang last tu ignore je k..=)*

innoncent kan masa ni..true beauty..=)

yang ni pulak nampak childish..cute..

simply siti..eh,eh..simply yoona la..=)

nak tengok tak muka dia masa kecil??
ha..mari-mari ada hot gossip..huhu..(dah2..straight to the point..) still comel macam tu jugak..
eh, tak percaya?? ye..aku tak tipu..
tak caya tengok..haha..^^







ha..kan betol ak cakap..
ok la..da banyak da rasanya gambar-gambar dia kan
da la..aku pon da rasa mengantok gile ni..
mata pon da layu2 ayam..haha...jum2..tido..

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...