Wednesday, September 29, 2010

~ Tasty Korean Food ~

Assalamualaikum
tadi tengah2 boring kat kelas, usha la jap satu blog ni. salin2 resepi masak la konon..hehheh..ye la, nak buat keje, keje dah abis. so, layan je la blog. tengah sedap2 salin tu, tetiba teringat kat korean food collection saya yang tahun lepas tu. rasa cam nak letak pulak kat blog ni. so, layan2 lah diri anda tengok makanan2 ni..=)


Bibimbap - nasi campur yang mempunyai carrot, timun, zucchini, cendawan, bayam, taugeh, telur goreng di atasnya.


Bibum Naeng Myeon - makanan Korea yang popular pada musim panas. Juga merupakan mee gandum buatan tangan yang nipis dihidangkan dengan ais sagat, sayuran mentah, sepotong pear Korea, telur rebus, daging sejuk dan pes cili merah.


Budae Jjigae - Korean sup yang sama macam stew. Mengandungi hot dog, ayam, pes cili, kimchi, ramen, kacang panggang, daging, bawang, tofu, cendawan dan timun.


Ddeokbokki - snek Korea yang popular. Merupakan rice cake yang bersalut dengan pes cili merah, daging, telur, ikan bilis, bawang dan air.


Doen Jang Jigae - Makanan popular Korea yang diperbuat daripada pes kacang soya yang diperam. Dimasak menggunakan tofu, bawang, ikan bilis, zucchini, garlic, lada, pes cili, cendawan, potato dan udang.


Kimchi - makanan tradisi Korea yang wajib. Sayur kobis cina yang diperam menggunakan pes cili, garlic, sos ikan, bawang dan cuka.


Pa Jun - Pancake Korea yang popular. Terdiri daripada tepung, tepung beras, carrot, telur, seafood, zucchini dan bawang yang dicampur dan didarkan.


Tornado Potato - snek kentang yang dibentuk menjadi gulungan spiral yang panjang.

so, cane? sedap tak??? kalau nak ikutkan, makanan diorang ni lebih kurang sama je dengan kita, cuma yang bezanya nama dan bahan2 yang ada kat sana dan takde kat sini..
tapi, kebanyakan makanan diorang ni boleh dikatakan sihat2 belaka sebab kalau takde sayur2 kompem tak sah. ok lah..mau undur diri dulu..nak balik hostel dan berbaring2 ye..penat sudah..=(
bubye..jumpa lagi hokeyh..haha

Monday, September 27, 2010

~ 10 Sebab Saya Selalu Tido Lambat ~


Assalamualaikum
sungguh malas ye untuk saya mengupdate blog ini. setelah bertungkus lumus memerah otak (ayat kena power), ini je yang dapat..harap peminat2 ku di luar sana berpuas hati la ye..=)

10. study. ah..konon la sangat kan..)
9. basuh baju (kalau dah terdesak nak pakai esok atau air takde)
8. lapar..angkat kaki pegi carik makan. da kenyang baru balik bilik
7. buat assignment last minute. antar esok kot..

6. member lepak atas katil. takkan nak tido kat lantai..
5. balik dari luar. konon nak mandi dulu..
4. layan movie yang baru cilok..lepas 1 sambung satu plak.
3. isyak. selagi tak sembahyang mana boleh tido la..
2. ber'muka buku' dengan mereka2 yang burung hantu
1. simple. dah memang tak ngantok, cane nak tido??


eh2, nanti dulu..tak habis lagi..kenapa?? pelik sebab tetiba ada muka awek korea ni?? nak tau kaitannya??

sebab, ini akan terjadi kalau anda semua melakukan 10 perkara2 di atas..





Sunday, September 12, 2010

~ 1..2..3..CINTA ???? ~

Assalamualaikum..
waaa..da lama kan saya tak post kat blog ni..sorry..sorry.. dan sorry..=((
nak kata busy tu, taklah jugak..nak kata tak busy pon tak jugak..hehheh..

tengah boring2 ni, saya google la kat internet..skali terjumpa la beberapa madah ni..(ceh..madah la konon..haha..) kira macam ayat-ayat cinta la..cuba try tengok dan lu pikir la sendrik..hehheh..^^
  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
renung-renungkanla dan kepada sesiapa yang terasa ke, terkena ke or terkedu ke..haha..ini cuma sekadar renungan sahaja..tiada kaitan dengan sesiapa pon..wah..gitu..=)